140115 :1135
Posted On Wednesday, 15 January 2014 @ 12:05 by Encik Pendek | 0 Comments This Entry
Hai Assalammualaikum :) Alhamdulilah setelah lama tidak menjengah tempat yang menyimpan segala cerita, segala kenangan yang dialami selama aku bernafas di bumi Allah ini aku kembali ke tempat ini semula. Tapi aku sudah delete semua kenangan dan cerita itu, ianya memang kenangan suka dan duka, tapi biarlah ia tersemat rapi dalam fikiran aku saja. Alhamdulilah juga aku sudah tamat zaman persekolahan. Sudah sebulan lebih aku menjadi remaja yang dah habis sekolah. Gembira sedih terharu semua rasa ada xD Sekarang ini hanya menunggu keputusan keluar sambil kerja. Hidup yang semakin rumit, Hidup yang semakin mencabar, Hidup yang semakin banyak dugaan, Hidup yang perlu berdikari. Aku perlu tempuhi dengan sabar dan kuat. Tak sabar nak tunggu result keluar. Taksabar nak belajar jejauh. Hidup dekat tempat baru. Belajar benda baru. Dalam kehidupan kita selalunya inginkan kehidupan yang berbeza daripada sebelum ni. Selalu ingin belajar benda baru. Keinginan yang remaja biasa laluinya. Tapi ada kebaikan dan keburukannya. Mungkin remaja sendiri tahu apa yang baik dan apa yang buruk yang dia mahu lakukan. Dalam hidup perlu sentiasa ada pembaharuan. Bak kata orang penghijrahan ke arah kebaikan. Tidak salah kalau kita ingin menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Hidup kita tak panjang. Umur kita singkat. Hidup hanya sementara. Manusia ini seperti orang yang bermusafir. Orang yang berhenti sekejap ditempat tertentu untuk mencari keberkatan hidup dan untuk mencari bekalan hidup di alam selepas ini iaitu alam akhirat. Itu tempat kita buat selama lamanya. Jadi, ditempat persinggahan ini la kita perlu mencari bekalan yang cukup. Adakah sudah cukup bekalan kita di tempat persinggahan kita? La Tahzan Innallha Ma'ana. Aku manusia yang lemah tanpa Allah disisi aku. Assalammualaikum :)
| NEW POST